Adakah Penyakit Sendi Menghalang Anda Daripada Menikmati Hidup? |
Penyelesaian Sebenar Untuk Penyakit Sendi & TulangMelegakan Kesakitan, Rasa Lebih Sihat Dengan 100% Protein Asli Istimewa IniMengaplikasikan Konsep ‘Makanan Sebagai Ubat’ Tanpa Kesan Sampingan Ubat-ubatan Demi Sihat Sempurna |
Seperti yang anda tahu, tahun 60-an dan 70-an menandakan permulaan satu era baru dalam dunia kesihatan. Ketika itu, ubat-ubatan dan kaedah saintifiknya bergelut dengan dunia penyembuhan alternatif dan komplementari untuk mengubati penyakit.
Sejajar dengan kemajuan ubat-ubatan dan sains pada tahun 1980-an, era baru untuk ubatan-ubatan turut berkembang, dan farmaseutikal telah dianggap sebagai penyelesaian kepada hampir semua masalah.
Ini merupakan cara orang malas mentafsirkan sains dan penawar. Seorang pencipta hebat dalam sejarah, Thomas Edison mengatakan…
“Doktor di masa depan tidak akan memberi sebarang ubat, tetapi akan merangsang minat pesakit terhadap penjagaan badan manusia, diet serta punca dan pencegahan penyakit.”
Seabad kemudian, mesej beliau terbukti benar. Pil dan ubat-ubatan yang mudah ditelan bukanlah jawapan kepada segala-galanya. Banyak aktiviti mudah dan logik yang mampu meningkatkan kesihatan dan mencegah sakit tua.
Anda mungkin tidak tahu dan akan berasa terkejut dengan betapa banyaknya cara sejenis protein khas boleh membantu anda mencapai kesihatan optimum dan mencegah penuaan pra-matang.
Sejenis protein khas ini adalah – KOLAGEN. Ia boleh membantu anda menyokong kesihatan sendi dan tulang dan pergerakan sendi optimum, membina otot tanpa lemak, serta turut menjadikan kulit anda cantik dan licin.
Adakah anda mempunyai sebarang tanda-tanda amaran awal penuaan pra-matang yang membimbangkan?
Sakit-sakit sendi – anda kehilangan kelenturan dan pergerakan…membongkok, mencapai dan mengangkat menjadi semakin sukar. Sakit-sakit badan pula menjadi teman sejati yang setia.
Penuaan kulit – adakah anda mengalami kedutan, lingkaran bawah mata, kulit kendur, bintik-bintik hitam dan kulit tidak sihat?
Kekurangan tenaga – tidak bertenaga dan cergas seperti 10 atau 5 tahun lalu dan tidur tidak nyenyak.
Mujurlah, kini ada sesuatu yang anda boleh lakukan tanpa preskripsi ubat-ubatan.
Temui rahsia kehebatan kolagen tulen semula jadi yang boleh mengekalkan kesihatan sendi dan tulang di bahagian lutut, pinggul, pergelangan kaki, leher, belakang, pergelangan tangan dan banyak lagi. Pendek kata, hidup bebas kekejangan dan kesakitan.
Apa itu Kolagen dan Mengapa anda memerlukannya?
Kolagen merupakan protein yang paling banyak dan penting dalam badan manusia. Ia menyumbang kira-kira 30% daripada jumlah protein dalam badan manusia yang memainkan banyak peranan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Kolagen terdiri daripada komposisi asid amino tertentu yang memegang semua struktur badan bersama-sama (ligamen, tendon, rawan, tulang), menyokong organ-organ kita dan menjadikan kulit tegang dan elastik.
Manusia menghasilkan kolagen secara semula jadi. Serat kolagen dewasa diuraikan dalam badan dan digantikan dengan gentian kolagen baru.
Walau bagaimanapun, apabila kita semakin tua, badan kehilangan keupayaan untuk menghasilkan kolagen. Bermula daripada usia 25 tahun, pengeluaran kolagen badan menjadi perlahan dan apabila umur mencecah 65 tahun, badan kita menghasilkan hanya separuh kuantiti kolagen berbanding ketika kita masih muda.
Antara faktor lain yang mempengaruhi penghasilan kolagen badan kita ialah pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, merokok, kurang bersenam, tabiat makan yang buruk, tekanan, penyakit tertentu dan faktor-faktor persekitaran yang lain.
Kesan-kesan pengeluaran kolagen yang lebih rendah:
- Sendi kejang, rasa tidak selesa dan sakit
- Gangguan sendi, tulang dan otot – artritis, osteoporosis, sakit belakang, keretakan
- Kecederaan pulih dengan perlahan
- Kulit kendur, kedut, kelihatan tua
- Kehilangan tenaga dan kecergasan
- Pelbagai masalah kesihatan
Penyelidikan dan kajian klinikal yang dijalankan di peringkat antarabangsa oleh saintis mendapati pengambilan kolagen dalam diet harian mampu meningkatkan metabolisme kolagen dalam badan.
Metabolisme kolagen dalam badan manusia berfungsi menyingkirkan serat kolagen tua dan mensintesis serat kolagen baru sebagai ganti.
Pengambilan protein kolagen sebagai diet tambahan memberikan badan asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan dan menyokong kolagen supaya kekal sihat dan aktif.
Menurut laporan saintifik, pemberian kolagen kepada tulang pinggul dan bahagian belakang bawah adalah berkesan untuk mereka yang menderita sakit bahagian belakang bawah, dan kolagen turut menguatkan salur darah mereka yang mengalami pengerasan arteri atau penyakit-penyakit lain yang berkaitan.
Kolagen telah lama digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia dalam makanan, kosmetik, penjagaan diri dan perubatan, yang membuktikan kolagen merupakan bahan yang sangat selamat dengan tanpa atau sedikit kesan sampingan. Banyak kajian mengesahkan kolagen bertindak sebagai diet tambahan yang sangat selamat digunakan untuk kegunaan jangka panjang.
Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) mengkategorikan kolagen di bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS). Setakat ini, FDA telah menolak sebarang reaksi intolerans atau ketoksikan serius yang berpunca daripada kolagen terhidrolisis, serta interaksi buruknya dengan makanan atau ubat-ubatan.
Di mana asal kolagen yang diperlukan badan manusia?
Kolagen biasanya ditemui dalam makanan berasaskan haiwan. Kulit, sisik, tendon, ligamen, tulang, rawan dan organ dalaman haiwan dalam makanan kita kaya dengan kolagen. Semua ini akan mula-mulanya dicerna menjadi asid amino (unit komposisi asas protein) apabila masuk ke dalam badan kita sebelum diangkut ke setiap bahagian badan, dan disintesis menjadi kolagen yang diperlukan badan.
Daging, ikan dan produk ayam membekalkan kolagen, tetapi biasanya bahagian-bahagian yang kaya dengan kolagen tidak tersenarai dalam hidangan harian anda. Tendon, rawan dan kulit terdiri daripada kolagen semata namun tukang masak biasanya akan membuang tisu-tisu lemak degil ini.
Tulang juga mengandungi banyak kolagen, tetapi jarang kita jadikan sebahagian daripada hidangan. Anda boleh membuat sup kolagen dengan serpihan tulang daripada buang begitu sahaja.
Sup ayam tradisional biasanya dimasak perlahan untuk tempoh yang lama (4-6 jam) sehingga rawan di sekitar sendi cair dan tulang mula mengekstrak kolagen dan nutrien daripada tulang itu sendiri.
Cecair yang terkumpul di bawah daging atau ayam di dalam kuali pemanggang juga merupakan sup yang sarat dengan kolagen. Setelah sejuk, kolagen membentuk lapisan gelatin di bahagian bawah kuali dengan apungan pepejal lemak.
Sekali lagi terdapat …
Sarang burung, gamat, sirip yu atau ikan maw (disebut ‘fa kau’ dalam bahasa Kantonis) yang “semuanya tentang kolagen “. Ini adalah “Makanan sebagai Ubat” yang kita ambil untuk sihat.
Sarang burung dan ikan maw merupakan sumber kolagen yang sangat baik dengan pelbagai manfaat terhadap kesihatan secara menyeluruh, penuaan yang baik dan mampu mengekalkan keserian kulit. Sejak berkurun lamanya, kaum Cina percayakan sarang burung dan ikan maw untuk memperbaharui kolagen.
Tetapi pada masa yang sama, makanan kaya kolagen ini- sarang burung, ikan maw, gamat, sirip yu amatlah mahal dan sukar untuk disediakan.
Pengambilannya secara harian juga tidak praktikal.
Terdapat juga kebimbangan terhadap produk palsu serta ketidakupayaan untuk membezakan yang tulen, tidak termasuk lagi faktor produk ini diluntur secara kimia atau dicelup pewarna.
Selain itu, pengambilan makanan-makanan ini untuk menyamai jumlah kolagen yang diperlukan oleh badan bukanlah mudah.
Secara umumnya, ikan maw mempunyai kira-kira 25% kolagen dan 75% karbohidrat. Sarang burung mempunyai kira-kira 49.9% kolagen, 30.6% karbohidrat, 4.9% besi, dengan baki peratusan untuk unsur-unsur lain.
Tahukah Anda?
Kolagen yang didapati daripada kaedah memasak tradisional mempunyai berat molekul tinggi menjadikannya sukar untuk diserap oleh badan kita. Hanya sebahagian kecil kolagen ini mampu diserap badan.
Selebihnya hanya akan melalui badan tanpa digunakan. Akibatnya, sebahagian besar daripada kolagen dalam bentuk ini tidak digunakan dan akan menjadi bahan buangan.
Anda tidak akan mendapat semua protein kolagen yang diperlukan daripada makanan yang anda ambil!
Kolagen perlu melalui proses hidrolisis untuk menguraikan molekulnya yang berat supaya boleh diserap badan.
Proses ini menghasilkan kolagen dengan molekul ringan yang memudahkan penghadaman dan membantu penyerapan asid amino oleh usus secara langsung ke dalam aliran darah, supaya tidak dihadamkan seperti makanan berprotein lain.
Kolagen yang telah melalui proses hidrolisis (Kolagen Terhidrolisis) mempunyai bioketersediaan maksimum, dan hasil terbaik.
FISHKOL® Pure Hydrolyzed Collagen
Kehebatan Fishkol® pure hydrolyzed collagen terletak pada kemuncak penyelidikan dan pembangunan yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Badan manusia bertindak balas terhadap Fishkol® collagen secara semula jadi seperti kolagen yang dihasilkan badan.
Bukti menunjukkan Fishkol® hydrolyzed collagen melambatkan kesan penuaan dengan meningkatkan kesihatan sendi dan tulang, dan mencegah pembentukan kedutan dan garis-garis halus serta meningkatkan tahap kelembapan, kelicinan dan kelembutan kulit.
Fishkol® collagen menunjukkan cara untuk anda menjaga kesihatan anda sendiri. Atasi masalah kesihatan sendi dan tulang kerana anda berhak hidup lebih sihat dan bahagia.
Kami berusaha untuk menyumbang kepada kesejahteraan hidup melalui penghasilan kolagen berkualiti tinggi.
Kekurangan kolagen boleh mempengaruhi kualiti hidup seseorang dalam cabang-cabang yang berikut:
- Memberi kesan kepada aktiviti fizikal anda
- Memaksa anda untuk mengurangkan aktiviti harian
- Menyebabkan anda sakit setiap hari
- Mengurangkan tahap tenaga anda
- Mengganggu kesihatan anda secara keseluruhan
Fishkol® Collagen membolehkan anda untuk menikmati hidup sekali lagi. Ia menyokong pergerakan sendi optimum dan memulihkan gangguan sendi/tulang….menghilangkan kesakitan dan melambatkan kemerosotan yang disebabkan oleh proses penuaan tanpa kesan sampingan ubat-ubatan.
Tidak seperti kebanyakan perubahan hidup sihat, pengambilan Fishkol® collagen mudah diamalkan.
Mencampurkan 10-20 gram serbuk Fishkol® collagen ke dalam segelas air minuman setiap hari sudah cukup untuk melindungi anda daripada tekanan kehidupan moden dan kesan penuaan.
Jika anda mengambil Fishkol® khusus untuk gangguan sendi dan tulang yang serius, pengambilan sebanyak 20 gram sehari secara mendadak akan meningkatkan tahap kolagen semula jadi badan anda yang seterusnya akan memberi pelbagai manfaat fizikal yang positif.
Mengapa Fishkol® Pure Premium Collagen? Berikut adalah sebab-sebabnya …
- Kolagen terhidrolisis tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kajian pemakanan dan saintifik membuktikan bahawa sisik ikan kaya dengan pelbagai nutrien terutamanya kolagen.
- Kolagen bergred tinggi dengan keberkesanan dan bioaktiviti yang tinggi. Berat molekul yang rendah dan mengandungi kombinasi unik dan nisbah asid amino, antara yang penting ialah glisina, prolina dan hidroksiprolina. Kesemua asid amino ini merupakan agen utama yang merangsang pertumbuhan semula sel di dalam kulit, sendi dan tulang.
- Dihasilkan di Jepun melalui peneraju penyelidikan dan teknologi berasaskan kolagen terkemuka untuk memberikan pilihan yang paling berkesan dalam makanan tambahan kolagen.
- Sangat tulen, dalam bentuk serbuk dengan rasa neutral dan tidak berbau supaya mudah ditambah ke dalam minuman dan makanan.
- 100% semula jadi dan bebas daripada bahan tambahan, bahan kimia, gula, lemak dan ramuan/bahan demi menghasilkan kolagen tulen.
- Berbentuk granul larut air. Mudah larut dalam cecair panas dan sejuk.
- Jaminan keselamatan. Proses pengeluaran mesra alam menjamin ketulenan, kualiti dan keselamatan produk yang tinggi. Setiap lot pengeluaran Fishkol® Collagen telah diuji logam berat, bahan cemar mikrobiologi dan radioaktif, dengan teliti.
Perbandingan Antara Pengeluar-Pengeluar Kolagen
Bukan semua kolagen yang dihasilkan adalah sama. Gambar di bawah menunjukkan perbandingan antara Fishkol® Premium Hydrolyzed Collagen dengan kolagen yang terdapat di pasaran daripada pelbagai negara.
Seperti yang dapat dilihat dengan jelas, ketulenan Fishkol® premium collagen adalah lebih tinggi dari segi kejelasan, warna dan transmitans apabila larut dalam air berbanding kolagen-kolagen lain di pasaran. Ia mempunyai rasa hampir neutral dan tidak berbau.
Kejelasan, warna, transmitans, bau dan kepekatan setiap peptida kolagen bergantung kepada bahan-bahan mentah seperti lembu, marin dan sebagainya; proses penghasilan; dan rawatan yang digunakan.
Ia juga bergantung kepada teknik dan proses penghasilan yang dipilih pengeluar kolagen. Fishkol® collagen merupakan kemuncak penyelidikan dan pembangunan yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Ia dihasilkan di Jepun melalui peneraju penyelidikan dan teknologi berasaskan kolagen yang terkemuka.
Fishkol® collagen menggunakan proses proprietari yang menghasilkan rumusan kolagen paling tulen dalam industri. Tiada pesaing mampu lakukan seperti kami.
Semasa anda memilih makanan tambahan kolagen yang baik, pertimbangkan proses penghasilan kolagen, asal-usul bahan mentah, ketulenan produk dan kandungan kolagen sebenar dalam produk tersebut.
Apabila mengambil makanan tambahan kolagen, anda inginkan manfaat maksimum daripada “kolagen sebenar”. Makanan tambahan kolagen yang mempunyai rasa, gula, isian atau bahan-bahan tambahan adalah sama ada tidak perlu, atau boleh menghalang kesan kolagen. Ia juga boleh bersaing dengan bahan- bahan tambahan lain untuk penyerapan oleh badan.
Seterusnya, gula dan perasa boleh menyebabkan glikasi dalam badan, bertindak lawan dengan kesan-kesan baik kolagen, dan menyumbang kalori yang tidak dikehendaki ke dalam pengambilan harian anda. Ia juga tidak sesuai untuk pesakit kencing manis.
Fishkol® adalah 100% kolagen premium tulen semula jadi yang tidak dicampurkan dengan sebarang ramuan/bahan atau vitamin. Ia BEBAS gula-, lemak-, pewarna-, bahan kimia-, gluten-, bahan tambah- dan pengawet untuk mencapai tahap bioaktiviti optimum.
Dengan itu, ia merupakan produk kolagen paling efektif dan yang paling ekonomi dalam pasaran.
Satu langkah telah ditambah dalam proses penghasilannya di mana peptida kolagen dijadikan granul berira halus dengan berat molekul rendah supaya boleh “disebarkan segera” dan diserap pantas oleh badan.
Fishkol® Collagen diekstrak melalui proses hidrolisis menggunakan kaedah fizikal tulen, tanpa sebarang kesan sisa kimia.
Ia bersifat semula jadi, tidak berbau, tidak berwarna, dan tiada rasa serta memiliki ketulenan yang sangat tinggi berbanding bentuk-bentuk kolagen lain. Fishkol® sememangnya “Hanya Kolagen Tulen”. Kami juga mengesyorkan anda untuk campurkan ke dalam air untuk membuat “Air Kolagen” anda sendiri.
Fishkol® Pure Premium Collagen sememangnya amat berkesan berbanding dengan makanan tambahan kolagen umum lain di pasaran.
Siapakah Yang Memerlukan Kolagen Fishkol®?
- Adakah anda mengalami artritis, osteopenia atau gangguan-gangguan sendi dan tulang lain?
- Adakah anda seorang atlet atau dewasa aktif yang terdedah kepada kecederaan sukan dan senaman?
- Adakah anda ingin kekal kelihatan muda lagi dan berasa lebih sihat daripada biasa?
- Adakah anda suka melakukan aktiviti yang mendedahkan anda kepada cahaya matahari?
- Adakah anda merokok?
- Adakah anda mempunyai tabiat makan yang buruk?
Manfaat Pengambilan Fishkol® Collagen Yang Mengejutkan
Kesan Fishkol® Pure Premium Collagen dan Sokongan Semula Jadi Untuk:
- Kesihatan Sendi dan Tulang
- Kesihatan Kulit
- Pemulihan daripada Kecederaan Sukan dan Senaman
MEMPERLAHANKAN KESAN-KESAN PENUAAN
Collagen sememangnya dikenali kerana manfaat kesihatan yang begitu banyak seperti kemampuannya merawat artritis, ketidakselesaan sendi dan melegakan sakit belakang akibat penuaan, kecederaan atau pembedahan, serta merawat luka dan kesan terbakar dengan berkesan, namun ia sering dibayangi oleh populariti kesannya pada kulit.
Para penyelidik di seluruh dunia menggunakan kolagen sebagai pencegahan dan rawatan iaitu makanan tambahan untuk artritis dan juga untuk meningkatkan kesihatan dan fleksibiliti sendi.
Semakin ramai orang terutama warga tua mendapat faedah melalui pengambilan Fishkol® collagen sebagai penyelesaian semula jadi untuk mengekalkan pergerakan sendi.
Kolagen bertindak sebagai anti-radang dan terkenal dengan kemampuannya melegakan kesakitan osteoartritis dengan berkesan.
Apabila sendi telah menjadi radang, ia membengkak dan menyukarkan pergerakan, dan banyak pesakit artritis mendapati mereka tidak boleh melaksanakan tugasan harian, yang seterusnya menjejaskan kualiti hidup mereka.
Artritis menguraikan kolagen semula jadi dalam badan. Penguraian kolagen, bagaimana ia memberi kesan kepada artritis dan bukti manfaat kolagen kepada pesakit artritis telah menjadi subjek kepada banyak kajian.
Secara semula jadinya, sendi mengandungi beberapa tahap kolagen, dan pengambilan makanan tambahan kolagen dapat membantu untuk menjana semula protein ini dalam sendi untuk mengurangkan kehilangan sendi.
Kajian perubatan juga telah menunjukkan bahawa kolagen meningkatkan pertumbuhan dan kepadatan tulang dengan ketara. Bagi orang dewasa yang lebih tua, pengurangan kepadatan tulang boleh menyebabkan keretakan dan tulang mudah patah kerana rapuh.
Kami amat mengesyorkan anda untuk dapatkan Fishkol® collagen, produk kolagen paling berkesan dan tulen untuk mengekalkan kesihatan sendi dan tulang anda.
Fishkol® Collagen memberi anda kesan yang anda boleh rasai sendiri
Kebanyakan pengguna Fishkol® melaporkan bahawa Fishkol® kolagen memberikan mereka kelegaan yang ketara terhadap sakit osteoartritis dan sakit belakang dalam masa tiga minggu.
Segelintir melaporkan bahawa mereka dapat rasakan perbezaan sepantas 2 jam selepas pengambilan. Ini kerana badan setiap individu bertindak balas secara berbeza kepada nutrien. Ia bertindak pantas kerana badan mampu menyerap masuk ke aliran darah dengan cepat.
Fishkol® collagen akan membantu badan anda untuk membina semula, menstabilkan dan menguatkan tulang, tendon, ligamen, tulang rawan, dan otot untuk memudahkan pergerakan dan membolehkan proses penuaan menjadi lebih baik.
Jadikan Fishkol® collagen amalan kesihatan harian anda dan lihat perbezaannya.
ADAKAH LEHER ANDA SAKIT DISEBABKAN PENGGUNAAN KOMPUTER?
Adakah anda menderita “computer neck syndrome” klasik? Adakah komputer, komputer riba, telefon pintar dan iPad anda menyebabkan kesakitan di bahagian leher, bahu, belakang, pergelangan tangan, siku dan migrain?
Istilah “computer neck syndrome” ini merupakan fenomena baru yang bercirikan kesan sampingan biasa didengar, kehidupan moden yang pasif (tiada aktiviti fizikal atau tidak konsisten) dan bahaya pekerjaan.
Tabiat duduk dengan memanjangkan leher sambil merenung skrin komputer di pejabat selama berjam-jam lamanya di pejabat, di atas riba dan di atas katil amat membinasakan badan. Badan manusia tidak direka untuk memegang postur yang sama lebih daripada 30 minit.
Kekal dalam postur ini selama berjam-jam merupakan punca kesakitan kronik dan menyebabkan biomekanik ramai daripada kita menjadi lebih teruk. Postur kepala menonjol ke depan merupakan penyebab biasa sakit leher, kepala, bahu, belakang dan kebas, dan juga boleh berpunca daripada kecederaan seperti terseliuh.
Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketegangan otot, herniasi cakera, artritis dan saraf termampat.
Jangan tunggu lagi; semakin banyak masa berlalu, semakin sukar untuk mengubati computer neck syndrome dan anda turut berisiko diserang disfungsi postur kekal.
Fishkol® premium collagen akan memberikan anda pencegahan dan penyembuhan semula jadi dan berkesan. Kajian telah menunjukkan bahawa kolagen bermanfaat untuk kesihatan sendi dan tulang, kesihatan kulit, mempercepatkan penyembuhan dan pelbagai fungsi badan yang lain.
Anda boleh rasakan peningkatan ketara dari segi kepadatan dan pertumbuhan tulang serta tendon menjadi lebih fleksibel dan otot lebih kuat.
Pendek kata, anda hanya perlukan nutrien betul untuk menghasilkan tulang rawan yang sihat bagi mengubati computer neck syndrome anda.
Gabungan pengambilan Fishkol® collagen dengan senaman ringan atau fisioterapi akan memberikan kesan sinergi untuk mengubati computer neck syndrome dengan paling berkesan.
Kepada mereka yang tidak bersenam langsung, pengambilan kerap Fishkol® collagen amatlah penting untuk menjaga kesihatan sendi dan tulang anda.
KECEDERAAN SUKAN & SENAMAN CEPAT SEMBUH
Sesiapa sahaja yang selalu bersenam atau bersukan akan merasai kesakitan atau kecederaan sekali dua.
Melakukan senaman dan bermain sukan adalah baik untuk kesihatan anda, tetapi kadang kala boleh menyebabkan kecederaan. Terdapat pelbagai bilangan dan jenis kecederaan sukan yang bergantung pada individu, tetapi sesetengah kecederaan adalah lebih mudah terjadi daripada yang lain.
Kecederaan sukan bukanlah sesuatu yang luar biasa dan pada dasarnya tergolong kepada kecederaan akut (pergelangan tangan retak, pergelangan kaki terseliuh, bahu terkehel, koyak dan lain-lain) atau kecederaan akibat penggunaan berlebihan (tulang dan sendi mengalami trauma kecil seperti siku pemain tenis, bahu perenang, lutut pelari, dan lain-lain).
Para atlet sering kali tidak mengambil makanan tambahan untuk tisu-tisu penghubung mereka (seperti ligamen, tendon dan otot) sehingga berlakunya kecederaan atau kemerosotan, mengakibatkan kesakitan.
Mereka memerlukan protein untuk membantu pertumbuhan dan pemulihan otot, tetapi majoriti makanan tambahan protein tidak mengandungi komponen mentah yang diperlukan badan untuk memperbaiki kecederaan tulang dan tisu penghubung yang berkaitan.
Kolagen Merupakan Ramuan Terpenting untuk Pemulihan Kecederaan
Kolagen ‘mengandungi profil asid amino yang sangat khusus dan unik’ berbanding dengan protein-protein lain, termasuklah gabungan glisina, prolina dan hidroksiprolina yang sangat jarang. Malah, ia mengandungi glisina dan prolina yang lebih tinggi daripada kebanyakan makanan berprotein lain, termasuklah serbuk protein wei biasa.
Selain itu, asid amino hidroksiprolina adalah eksklusif untuk kolagen dan TIDAK ditemui dalam sumber protein lain. Hidroksiprolina dikaitkan dengan fungsi badan seperti pengeluaran kolagen, pengekalan jisim badan tanpa lemak, menggalakkan penyembuhan luka dan tulang rawan, dan menyokong sendi, tulang dan tisu penghubung.
Kolagen adalah ‘protein sasaran untuk tujuan berbeza’ berbanding protein wei, kasein, telur, soya, rami, dan protein-protein lain. Kebanyakan pakar perubatan sukan mengesyorkan makanan tambahan kolagen untuk pemulihan daripada kecederaan; meningkatkan tahap kolagen supaya dapat mengurangkan masa pemulihan dan mengukuhkan sendi yang lemah.
Ia menyumbang kepada pemulihan tisu, ligamen, tulang rawan, sendi, tulang dan otot yang cedera dengan cepat. Kekurangan kolagen semasa kecederaan melambatkan semua aspek pemulihan.
Ini menjadi tersangat penting untuk ahli bina badan kerana ‘otot yang kuat dengan sendi yang bersamaan dengan kecederaan sendi’. Ini kerana sendi tidak mampu menyokong peningkatan daya daripada otot yang kuat.
Makanan tambahan kolagen perlu diambil sebagai tambahan kepada makanan tambahan protein yang berkualiti demi manfaat pembinaan otot, selain daripada manfaat tambahan kolagen yang lain dalam menyokong, melentur, memulihkan dan menguatkan sendi.
Setiap kali anda bersenam, otot anda akan koyak sedikit. Kolagen akan membina semula dan memperbaiki koyakan tersebut sekali gus menjadikan otot anda lebih kuat.
Bagaimana Fishkol® Premium Collagen Boleh Membantu Saya Pulih?
Kecederaan berpunca daripada sukan atau senaman yang mengehadkan kita daripada menikmati manfaat senaman untuk sihat sememangnya merupakan suatu tragedi. Oleh itu, pemulihan pantas daripada kecederaan sukan adalah amat penting.
Walau bagaimanapun apabila terjadinya kecederaan akibat senaman, satu aspek pemulihan yang sering diabaikan adalah pemakanan. Mereka yang cedera sering menggunakan kaedah seperti rehat, ais, regangan, dan lain-lain untuk mempercepatkan pemulihan daripada kecederaan, tetapi kerap terlepas pandang tentang soal pemakanan.
Sekiranya anda tidak bekalkan badan dengan apa yang diperlukan, terutama pada masa kecederaan, badan akan mengurai otot sedia ada untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan supaya terus berfungsi. Jangan lupa bahawa otot merupakan “akaun bank” yang sangat mahal untuk badan!
Pengambilan Fishkol® Pure Premium Collagen bukan sahaja akan mempercepatkan proses penyembuhan dan pemulihan tetapi juga mengelakkan kecederaan ringan dan koyakan kecil daripada menjadi serius.
Fishkol® Collagen memberikan asid amino dalam kadar sesuai yang diperlukan badan untuk mensintesis kolagen dan memastikan bahawa badan anda mempunyai semua “blok bangunan” yang diperlukan untuk membantu membaiki kecederaan.
Hakikatnya, kolagen merupakan komponen utama dalam semua tisu penghubung badan manusia seperti ligamen, tendon, tulang rawan, sendi, otot dan sistem vaskular.
Penyelesaiannya adalah tingkatkan tahap kolagen dalam badan anda supaya badan mempunyai nutrien yang diperlukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Fishkol® collagen diserap dalam beberapa minit daripada pengambilan kerana berat molekulnya yang rendah memudahkan penghadaman dan membantu penyerapan asid amino oleh usus secara langsung ke dalam aliran darah.
Ini memberi bioketersediaan maksimum, dan hasil yang terbaik.
PELBAGAI MANFAAT FISHKOL® COLLAGEN
Sesetengah daripada kita menua lebih cepat daripada yang lain. Kesan-kesan penuaan berbeza antara individu, dan dimanifestasikan di pelbagai bahagian badan. Mengapa? Rahsianya adalah kolagen.
Selain daripada pelbagai manfaat kolagen yang begitu banyak kepada kesihatan, kami senantiasa dikagumkan dengan manfaat Fishkol® Premium Pure Collagen Powder yang ditemui dalam bermacam-macam-macam bentuk- “Fishkol pure collagen penting, untuk kulit, kuku dan rambut!”
Pengambilan Fishkol® collagen setiap hari boleh diungkapkan seperti menabung untuk tampil muda dan kulit kelihatan cantik. Perbaharui dan kembalikan kemudaan semula jadi anda.
Antara manfaat Fishkol® Pure Premium Collagen ialah:-
KESIHATAN KULIT
- Meningkatkan tahap kelembapan dan kelembutan kulit
- Mencegah pembentukan kedutan
- Melicinkan kulit
- Memperbaiki kulit
- Mengurangkan kerosakan kulit akibat terdedah kepada sinaran UVB
- Menjadikan kulit kelihatan lebih tegang dan muda
KESIHATAN SENDI
- Meningkatkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan rawan dan struktur sendi
- Membantu membaiki degenerasi matriks sendi
- Mengelakkan artritis , sakit sendi pada lutut, bahu, belakang dan bahagian lain
- Meningkatkan keselesaan dan pergerakan sendi supaya dapat mengurangkan sakit sendi
- Pemulihan kecederaan senaman dan sukan yang pantas
KESIHATAN TULANG
- Mengembalikan ketumpatan mineral tulang
- Menguatkan tulang dan mengurangkan risiko keretakan
- Mencegah penyakit tulang seperti osteopenia (kehilangan kepadatan tulang) dan osteoporosis
- Membantu pemulihan kecederaan tulang belakang dan kecederaan/keretakan tulang yang lain
Mengapa Fishkol® Pure Premium Collagen sangat bagus untuk kita:-
- Melambatkan kesan-kesan penuaan dengan meningkatkan pergerakan, kekuatan dan kecergasan
- Mengurangkan keletihan dengan meningkatkan tahap tenaga anda
- Melindungi anda daripada penyakit sendi dan tulang
- Mempercepatkan pemulihan kecederaan sukan atau senaman pada sendi, tulang dan otot
- Membolehkan anda menikmati hidup sekali lagi dengan melegakan derita sakit belakang dan sendi akibat penuaan, pengoyakan atau kecederaan
Apakah Pendapat Pengguna Seperti Anda Tentang Fishkol® Premium Collagen
“Saya menderita masalah degeneratif penuh pada bahu kanan saya dan telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan pembetulan. Walau bagaimanapun saya tidak percayakan pembedahan, saya memilih rawatan kiropraktik dan mengambil Fishkol collagen setiap hari. Dalam tempoh 2 bulan, lengan saya kembali pulih. Kepelbagaian gerakan pada lengan dan bahu saya meningkat secara mendadak dan bahu saya tidak sakit lagi. ” — Puan Lee Yoke Kuan, 82 tahun
“Selepas mengambil Fishkol collagen selama 3 minggu, saya berasa kurang letih dan mampu bekerja lebih lama. Saya juga mampu bermain bola kerajang pada hujung minggu dengan lebih lama. Yang paling menyeronokkan ialah tiada lagi sakit belakang dan sendi yang biasanya dialami sehari dua selepas permainan. Berjalan naik turun tangga juga menjadi mudah! ” — Encik Lim Ho Yen, 46 tahun
“Selepas seminggu mengambil Fishkol, saya berasa lebih bertenaga untuk menjaga empat orang anak saya. Yang paling penting, saya perasan yang penghidratan dan daya tahan kulit telah kembali menggantikan garis-garis dan kedutan kulit.” — PuanTan Ai Ngo, 45 tahun